-7.5 C
New York
Thursday, January 23, 2025

Proton akan dilancar minima 3 mannequin baru untuk 2025; Saga AMA, eMas 5 GMA, X50 facelift dan banyak lagi?


Ketika majlis bersama media sempena sambutan Tahun Baharu China yang berlangsung malam tadi, Proton telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan sekurang-kurangnya tiga mannequin baharu tahun ini, yang dilihat merangkumi mannequin mampu milik, pertengahan dan juga satu lagi mannequin EV selepas eMas 7.

Menerusi slaid yang ditunjukkan oleh CEO Proton Dr. Li Chunrong, Proton akan melancar sebuah mannequin berasaskan platfrom baharu yang digelar sebagai AMA, sekurang-kurangnya satu (atau lebih) mannequin yang diasaskan dari platform GMA, serta sekurang-kurangnya satu (atau lebih) mannequin tingkat taraf dari siri X atau S sedia ada.

Bagi mannequin yang berasaskan platform AMA, ia sudah pasti adalah Proton Saga generasi baharu yang digembar-gemburkan sebelum ini. Baru-baru ini Proton dilihat menguji unit prototaip Saga yang mengenakan lampu hadapan berlainan serta dilengkapi dengan kamera sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapan, namun ia masih menampilkan badan yang sama seperti mannequin sedia ada.

Proton akan dilancar minima 3 model baru untuk 2025; Saga AMA, eMas 5 GMA, X50 facelift dan banyak lagi?

Boleh jadi unit prototaip tersebut merupakan satu lagi versi facelift untuk mannequin generasi sedia sebelum mannequin baharu sepenuhnya dilancarkan. Namun tidak mustahil ia hanyalah prototaip untuk menguji sistem ADAS dan juga unit rangkaian kuasa baharu terdiri dari enjin dan kotak gear yang dibekalkan oleh Geely bagi digunakan pada mannequin generasi baharu kelak.

Untuk mannequin yang berasaskan platform GMA, Dr. Li secara spesifik menyatakan ia sama ada eMas 5 atau eMas 3 – menunjukkan Proton mempunyai perancangan bagi memperkenalkan mannequin EV yang lebih kecil dan lebih murah berbanding eMas 7 yang telah dilancarkan hujung tahun lalu.

Namun pada Julai tahun lalu, Proton ada menyiarkan teaser berkenaan model-model eMas lain yang akan diperkenalkan pada masa akan datang, antaranya sebuah hatchback EV yang lebih kecil dari eMas 7. Mannequin berkenaan berkemungkinan akan dikenali sebagai eMas 5, dan bayangan badan yang ditunjuk pada teaser berkenaan agak mirip dengan satu lagi mannequin EV Geely yang bakal dilancarkan ditidak lama lagi iaitu Geometry Xingyuan.

Geely Geometry Xingyuan (kiri) dan Galaxy Starship 7 (kanan)

Walau bagaimanapun tidak mustahil juga Proton akan melancarkan eMas 7 dalam versi unit rangkaian kuasa PHEV. Kembar mannequin berkenaan sudahpun didedahkan oleh Geely di China, dan ia dikenali sebagai Galaxy Starship 7. Mannequin ini menerima unit rangkaian kuasa generasi kedua NordThor 2.0 yang akan diperkenalkan sebagai EM-i, yang menggandingkan enjin 1.5 liter empat silinder turbo serta transmisi hibrid terdedikasi (E-DHT) bagi membentuk teknologi motor 11-dalam-1.

Beralih kepada model-model siri X dan S, yang pasti Proton kini dilihat sedang menguji unit prototaip bagi X50 facelift. Prototaip tersebut nampaknya menggunakan penggayaan luaran Geely Binyue L yang diperkenalkan di China tahun lalu. Sekiranya Proton ‘menyalin’ sepenuhnya Binyue L untuk menghasilkan X50 MC ini, ia mungkin turut akan menggunakan unit rangkaian kuasa yang sama, menampilkan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus.

Enjin ini menjana 180 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 290 Nm bermula 2,000 hingga 3,500 rpm, atau 3 PS/35 Nm lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo pada X50 sedia ada. Dan dengan kemungkinan lebih dari satu mannequin X/S ini akan menerima versi kemaskini, mungkin ada mannequin siri X lain turut akan menerima tingkat taraf enjin empat silinder berkenaan.

Buat masa sekarang, SUV dengan tiga-baris tempat duduk iaitu X90 masih belum menerima sebarang kemaskini sejak ia dilancarkan pada Mei 2023. Atau dengan secara spesifik Dr. Li menyatakan siri S iaitu S70 mungkin akan menerima kemaskini yang akan dilancarkan tahun ini, tidak mustahil sedan berkenaan akan diperkenalkan dalam versi prestasi dengan lencana R3 seperti yang sudah disebutkan sebelum ini bukan?

Apa pun, kita masih berada dalam bulan Januari 2025. Dengan bayangan-bayangan yang telah disebut, tahun ini mungkin akan menjadi satu lagi tahun yang mengujakan buat Proton dengan pelbagai mannequin baharu yang bakal diperkenalkan dalam pasaran.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

Latest Articles