Baru sahaja melancarkan skuter Vanguard 250 bulan lepas, Aveta terus mengekalkan momentum mereka dengan pengenalan dua lagi skuter iaitu Nova 125 dan Nova 160. Ia masing-masing dijual pada harga RM5,188 dan RM7,988 tidak termasuk insurans.
Ditawarkan sebagai sebuah skuter mampu milik, Nova 125 dipacu oleh enjin satu silinder SOHC sejukan udara 125 cc bersama transmisi automatik CVT, mampu menghasilkan kuasa 9 hp pada 8,000 rpm dan tork 8.6 Nm pada 6,500 rpm. Enjinnya boleh dihidupkan dengan pemula elektrik dan penendang.
Memegang rim 14 inci pada skuter ini adalah fork teleskopik di hadapan dan satu penyerap hentak di belakang, sementara tugas membrek dilaksanakan oleh unit cakera di hadapan dan dram di belakang. Tangki minyak berkapasiti enam liter dan ia juga didatangkan dengan soket pengecas USB serta meter jenis LCD digital.
Pergi pula kepada Nova 160, ia adalah sebuah skuter yang digerakkan oleh enjin satu silinder SOHC sejukan cecair 154.4 cc, bersama transmisi automatik CVT dan mampu menghasilkan kuasa 15.8 hp pada 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm pada 6,500 rpm.
Spesifikasi Nova 160 ini juga adalah lebih tinggi dengan kelengkapan seperti kunci pintar, sistem begin/cease brek cakera hadapan dan belakang serta suspensi belakang yang terdiri daripada dua penyerap dengan tabung fuel.
Satu lagi perincian yang mencuri perhatian adalah tangki, di mana Nova 160 ini datang dengan unit berkapasiti 10 liter, sementara rim pula adalah unit 14 inci dengan tayar masing-masing bersaiz 100/80 di hadapan 120/70 di belakang.
GALERI: Aveta Nova 125
GALERI: Aveta Nova 160
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.